PETALING JAYA – Bermula sebagai jururawat hospital, perjalanan kerjaya Dr. Muhammad Amin Ahmad Zaki, 38, membuktikan profesion kejururawatan bukan sekadar tertumpu kepada penjagaan pesakit, malah mampu membawa seseorang melangkah jauh dalam bidang akademik. Beliau yang kini bergelar Pensyarah Kanan Kejururawatan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam, mengakui minat terhadap bidang itu mula tercetus sejak di bangku sekolah. Beliau berkata, minat terhadap bidang itu mula timbul ketika di tingkatan empat apabila mula meminati subjek sains, meskipun pada……














