fbpx
PSG mengesahkan tempat ke pentas final UCL buat kali kedua berturut-turut selepas menundukkan Bayern di separuh akhir awal pagi semalam. - AFP

UCL: Peluang PSG pertahan gelaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUNICH – Jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Luis Enrique mengakui pasukannya terpaksa menggunakan taktikal ‘parkir bas’ untuk menyingkirkan Bayern Munich untuk mara ke final Liga Juara-Juara (UCL) dengan agregat 6-5.

Pada perlawanan di Allianz Arena itu, PSG berjaya mendahului seawal minit ketiga hasil jaringan Ousmane Dembele sebelum Bayern menyamakan kedudukan 1-1 menerusi penyudah Harry Kane pada masa kecederaan.

Menurut Enrique, PSG mempamerkan semangat juang luar biasa ketika berdepan tekanan hebat pasukan tuan rumah memandangkan anak-anak buahnya bukanlah pakar dalam taktikal bertahan.

“Kami bukan pasukan yang biasa bertahan, tetapi malam ini kami bertahan dengan penuh berdisiplin. Karakter yang kami tunjukkan menentang pasukan seperti Bayern sangat positif.

“Sudah tentu ini adalah berita gembira dapat mara ke final UCL untuk kali kedua berturut-turut dan kami akan buat yang terbaik pada perlawanan akhir nanti dalam misi melakar sejarah,” katanya.

Sementara itu, penyerang muda PSG, Desire Doue menyifatkan kejayaan mara ke final UCL sebagai detik yang cukup istimewa buat pasukan.

“Ini perlawanan yang luar biasa menentang pasukan hebat seperti Bayern. Inilah perlawanan yang kami impikan sejak kecil dan sekarang kami mahu menikmatinya bersama-sama sebagai satu pasukan,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN