fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Tokasyraf memaparkan air limbahan bertakung daripada aktiviti mencuci oleh peniaga makanan

Peniaga masak, basuh pinggan atas petak parkir DBKL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sikap segelintir peniaga makanan yang menyalahgunakan kemudahan awam dengan menjadikan petak parkir kenderaan sebagai ruang memasak dan mencuci pinggan mencetuskan rasa kurang senang penduduk di Taman Miharja, Cheras.

Menerusi satu perkongsian Threads oleh Tokasyraf, dia memuat naik beberapa keping foto dan video memaparkan tindakan berani peniaga meletakkan dapur memasak serta peralatan mencuci di atas petak parkir milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bukan itu sahaja, sisa makanan dan air limbahan daripada aktiviti mencuci tersebut dilihat bertakung di atas jalan raya, sekali gus menimbulkan persekitaran yang kotor dan berbau.

“Bolehkah peniaga makan memasak dan membasuh di atas tapak parkir DBKL, sisa-sisa dan air limbahan bertakung di parkir kereta.

“Bolehkah dapur masakan di atas kaki lima dan siar kaki?” soalnya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna turut mengecam tindakan tersebut dan menyifatkannya sebagai mementingkan diri sendiri selain mengabaikan aspek kebersihan premis makanan.

“Selagi boleh buat dan takde siapa buat report (aduan) memang menjadi-jadi mereka ni.” ujar Farish_Ayub.

“Boleh, selagi tiada siapa nampak memang mereka buat macam biasa je,” tambah Qudeenz25 pula.

Sehubungan itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya DBKL untuk memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan demi keselesaan orang awam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN