GEORGE TOWN – Rata-rata peniaga terutama di premis makanan dan medan selera di negeri ini mendakwa mereka kini berdepan kekurangan pelanggan sejak Syawal lalu. Ia menyebabkan ada antara peniaga terpaksa menutup operasi perniagaan selama dua hari seminggu berbanding cuma sehari sebelum ini. Tinjauan Kosmo! di Medan Selera Padang Brown mendapati, jumlah kehadiran pelanggan pada waktu petang berkurangan, manakala jalan utama di kawasan itu juga turut lenggang. Pada sebelah malam pula, ruang meja makan hanya dipenuhi pelanggan dalam tempoh sejam, bermula……














