fbpx
Mahkamah Rayuan berpendapat hukuman pemenjaraan 10 tahun yang dijatuhkan terhadap Rosmaini yang memukul Jahidah (gambar kecil) sehingga koma adalah tidak memadai.

Jahidah digambar seperti ‘mayat hidup’ – Hakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini berpendapat hukuman pemenjaraan 10 tahun yang dijatuhkan terhadap Rosmaini Abdul Raof yang memukul bekas isterinya, Jahidah Nordin sehingga koma adalah tidak memadai.

Hakim Datuk Noorin Badaruddin ketika membaca penghakimannya berkata ini kerana fakta kes dalam kejadian ini bukanlah satu kes menyebabkan cedera parah yang biasa.

“Fakta kes menunjukkan satu serangan yang kejam dan berterusan oleh seorang suami terhadap isteri (ketika kejadian) yang ketika itu sedang mengandung. Tahap kegasanan yang dilakukan adalah amat serius sehingga mangsa berada dalam dalam keadaan vegetatif kekal sehingga ke hari ini.

“Keterangan perubatan menunjukkan kecederaan yang meluas dan dahsyat termasuk pendarahan otak, patah tulang di beberapa bahagian dan kerosakan neurologi yang teruk.

“Keadaan mangsa adalah tidak boleh dipulihkan dan mangsa bergantung sepenuhnya kepada orang lain untuk keperluan asas kehidupan. Mangsa digambarkan sebagai ‘mayat hidup’ yang memerlukan penjagaan sepenuh masa selama bertahun-tahun tanpa sebarang harapan untuk pulih,” kata Hakim Noorin.

Penghakiman lanjut turut menyatakan kesan daripada perbuatan Rosmaini bukan sahaja menimpa mangsa, malah turut melibatkan anak yang dikandung ketika kejadian.

Hakim itu berkata anak tersebut mengalami kelewatan perkembangan dan kecacatan akibat insiden tersebut dan kes itu sebenarnya melibatkan kemusnahan dua kehidupan.

“Tingkah laku perayu (Rosmain)i sebelum dan selepas kejadian, keterangan jelas menunjukkan bahawa perayu menghubungi saksi pendakwaan pertama (SP1) .Perayu mengakui telah bergaduh dengan mangsa dan kemudiannya mengelakkan diri daripada terlibat di hospital dan menghilangkan diri untuk tempoh yang lama,” kata beliau.

Terdahulu, mahkamah menjatuhkan hukuman maksimum penjara 14 tahun terhadap Rosmaini atas kesalahan memukul bekas isterinya, sehingga koma.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Azman Abdullah selepas membenarkan rayuan silang pendakwaan untuk menaikkan hukuman penjara daripada 10 tahun yang dijatuhkan terhadap Rosmaini Abdul Raof sebelum ini.

Mahkamah juga turut memerintahkan Rosmaini membayar pampasan kepada Jahidah sebanyak RM25,000 menerusi ahli keluarga dan penjara enam bulan sekiranya gagal membayar pampasan itu.

Justeru dengan keputusan itu, Rosmaini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Hakim Noorin dan Datuk Mohd. Radzi Abdul Hamid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN