fbpx
Mohamed Khaled ketika menerima kunjungan hormat Emir, hari ini. Foto Facebook Khaled Nordin.

Duta Turkiye tamat perkhidmatan, hubungan pertahanan terus kukuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye terus berada pada tahap kukuh, khususnya dalam sektor pertahanan, hasil kerjasama erat yang dipupuk sepanjang tempoh perkhidmatan Duta Besar republik itu di negara ini.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, hubungan dua hala antara kedua-dua negara menunjukkan perkembangan positif termasuk dalam aspek perolehan aset pertahanan strategik.

Menurut beliau, antara pencapaian penting ialah perolehan kapal Kapal Misi Pesisir (LMS) Batch 2 untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta sistem dron ANKA untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

“Saya turut berkesempatan menerima kunjungan hormat Emir, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia, yang bakal menamatkan perkhidmatan beliau di Kuala Lumpur pada 31 Mei.

“Di bawah kepimpinan beliau, hubungan diplomatik antara Malaysia dan Turkiye berada pada tahap yang amat baik,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata, sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua negara turut berjaya memeterai perjanjian persefahaman dalam perolehan pertahanan secara kerajaan dengan kerajaan (G2G).

Tambahnya, kejayaan itu dicapai hasil peranan dan fasilitasi Emir sepanjang berkhidmat sebagai duta.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled turut merakamkan penghargaan serta mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau yang bakal menggalas tugas baharu di Colombia.

“Semoga beliau terus dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan dalam memikul amanah baharu bagi negaranya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN