fbpx
Anggota bomba dan Unit K9 melakukan operasi pencarian mangsa di itu di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam, Kuala Selangor. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Radius pencarian budak 10 tahun diperluas 5km

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kanak-kanak lelaki yang dipercayai lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Lorong Cakera Purnama, Puncak Alam di sini, diperluas dalam radius lima kilometer (km) hari ini.

Pencarian mangsa, Khairil Izani Khaizalulinurdin, 10, pada hari kedua hari ini dilakukan pihak bomba meliputi laluan air sehingga ke Taman Industri Alam Jaya.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bestari Jaya, Azreel Izaidi Ahamad berkata, pihaknya turut meneliti kemungkinan terdapat pecahan aliran di beberapa bahagian termasuk di kawasan belakang.

Katanya, operasi semalam ditamatkan pada pukul 4.30 pagi sebelum disambung semula pukul 8 pagi tadi dan disertai 19 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PDA), Unit Anjing Pengesan (K9) dan polis yang memfokuskan lokasi terakhir mangsa terjatuh.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang kanak-kanak dipercayai lemas selepas terjatuh dan dihanyutkan ke dalam longkang berarus deras ketika hujan lebat petang semalam. Pihak bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 7.47 malam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN