fbpx
Keadaan kereta Honda City yang terlibat kemalangan dengan Toyota Hilux di Bulatan Pulau Dudong, Sibu pagi tadi.

Pemandu Honda City maut tersepit dalam kemalangan di Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SIBU – Seorang maut, manakala dua cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah pikap Toyota Hilux dan sebuah kereta jenis Honda City di Bulatan Pulau Dudong, di sini padi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan pukul 8.32 pagi berhubung kejadian berkenaan.

“Setibanya di lokasi, kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu sebuah Toyota Hilux dan sebuah kereta Honda City. Terdapat tiga mangsa terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Pemandu kereta Honda City, Andrian Keddu Maja dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan. Mangsa tersepit disahkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) meninggal dunia di lokasi kejadian,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, mangsa cedera, Ricky James menaiki Honda City dan Lau Yok Sook yang menaiki Toyota Hilux diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pihak KKM untuk rawatan selanjutnya.

Katanya, mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN