fbpx
Fakhrudin hadir ke mahkamah bagi pendakwaan kes itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam. -Foto ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO

Ahli Ikram didakwa 158 pertuduhan suapan RM98.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Seorang ahli Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Hulu Selangor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas 158 pertuduhan menggunakan kedudukannya bagi suapan berjumlah RM98.27 juta antara 2021 hingga tahun lalu.

Fakhrudin Abd. Karim, 57, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin selepas semua pertuduhan dibacakan secara berasingan yang mengambil masa hampir dua jam.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai pegawai badan awam dan bertugas sebagai penandatangan diberi kuasa bagi akaun bank milik Ikram Hulu Selangor telah menggunakan kedudukan dengan mengarahkan transaksi pemindahan dana ke akaun bank miliknya serta sekutunya.

Perbuatan itu didakwa melibatkan siri transaksi antara RM100,000 hingga RM150 juta, dengan jumlah keseluruhan suapan mencecah RM98.27 juta.

Kesemua kesalahan itu dilakukan di Pejabat Pertubuhan Ikram Hulu Selangor, Bukit Beruntung, Hulu Selangor antara 6 Januari 2021 hingga 6 Ogos 2025.

Sehubungan itu, Fakhrudin didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib menawarkan jaminan minimum RM1 juta ke atas tertuduh dengan mengambil kira faktor kepentingan awam dan nilai suapan.

Selain itu, beliau memohon syarat tambahan dikenakan iaitu serahan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

Peguam Datuk N. Sivananthan bagaimanapun memohon pengurangan kerana semua akaun bank termasuk milik keluarga dan syarikat anak guamnya telah dibekukan SPRM.

“Dia yang juga bapa kepada 10 anak mempunyai tujuh syarikat dan semua pekerjanya tidak dapat dibayar gaji selama tiga bulan kerana operasi terjejas.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM500,000 dengan dua penjamin dan semua syarat tambahan dikemukakan pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 7 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN