fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di IPK Selangor. FOTO AFIQ RAZALI

Trafik sesak waktu solat Jumaat punca lelaki ingkar titah Sultan Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Rasa tidak puas hati jalan sesak akibat solat Jumaat menjadi punca utama mendorong seorang lelaki bertindak ingkar titah Sultan Selangor berhubung pelaksanaan solat Jumaat Taman Saraya, Ampang dekat sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan awal mendapati tindakan suspek lelaki tempatan berusia 46 tahun lebih bersifat individu dan tanpa pengaruh mana-mana pihak.

“Ketidakpuasan hati terhadap keadaan lalu lintas ketika solat Jumaat menjadi pencetus utama tindakannya.

“Namun, polis masih terus menjalankan soal siasat sekiranya wujud elemen-elemen lain. Ini kerana kita menjalankan siasatan pelbagai aspek dan sudut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Menurutnya, suspek yang masih dalam tahanan reman itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Shazeli menambah, berdasarkan siasatan menunjukkan suspek tidak bekerja untuk tempoh tertentu dan bermastautin di kawasan perumahan berkenaan dalam tempoh munasabah.

“Insya-Allah, kita akan serahkan kertas siasatan yang telah lengkap nanti kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan polis tidak akan berkompromi dan bertolak ansur kepada mana-mana pihak ataupun individu yang dipercaya ataupun didapati boleh mengganggugugat keselamatan dan juga ketenteraman awam daripada pelbagai aspek khususnya yang boleh menyentuh isu-isu 3R.

“Saya menasihati masyarakat di luar sana untuk sentiasa mengamalkan toleransi yang tinggi kerana kita duduk di dalam sebuah negeri dan negara yang berbilang kaum.

“Juga kita perlu mengawal percakapan dan juga tingkah laku. Sekiranya percakapan tersebut difikirkan boleh mendatangkan kemudaratan, adalah lebih baik kita berdiam diri ataupun laksanakan dalam suatu medium yang tertutup. Sekiranya dilakukan secara medium terbuka akan menimbulkan implikasi daripada aspek sosial,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan suspek ditahan kira-kira pukul 3 petang di sekitar Pandan Indah pada Ahad lalu.

Lelaki berkenaan yang dipercayai terpalit dalam kes azan telah dimasukkan namanya dalam pekeliling khas bagi menghalang sebarang cubaan melarikan diri ke luar negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN