fbpx
Pekerja penyelamat cuba menyelamatkan mangsa yang terperangkap. - EPA

Korban kereta api berlanggar meningkat 2 kali ganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Angka kematian nahas tren berlanggar di luar kota raya Jakarta meningkat dua kali ganda kepada 14 orang, kata syarikat milik kerajaan, Kereta Api Indonesia(KAI) hari ini.

“Berdasarkan data terkini setakat pukul 8.45 pagi waktu tempatan (9.45 pagi waktu Malaysia), 14 orang disahkan terkorban, manakala 84 lagi dirawat di hospital,” demikian menurut KAI dalam satu kenyataan.

Terdahulu, pasukan penyelamat bertungkus-lumus cuba mengeluarkan mangsa nahas.

Jurucakap KAI, Anna Purba berkata,pasukan penyelamat turut berusaha untuk mengeluarkan dua orang yang terperangkap dan masih hidup, dalam serpihan gerabak  kereta api.

Wartawan AFP di tempat kejadian menyaksikan penumpang  diusung keluar dari gerabak  menggunakan pengusung dan dimasukkan ke dalam ambulans yang menunggu.

Menurut ketua polis Jakarta, Asep Edi Suheri, kereta api jarak jauh itu merempuh gerabak terakhir sebuah  kereta api komuter yang dikhaskan untuk wanita

“Semua mangsa berada di dalam kereta api komuter, manakala kesemua kira-kira 240 penumpang kereta api kedua  dipindahkan dengan selamat,” katanya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN