KUALA TERENGGANU – Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) menyarankan pemantauan dilakukan terhadap jualan blind box atau kotak misteri kerana dikhuatiri lebih membawa keburukan kepada golongan muda berbanding keseronokan kecil ditawarkan. Naib Presiden Kebangsaan (Timur) MTPN, Datuk Mohd. Faiz Zulkifli berkata, tinjauan pihaknya mendapati kedai menjual blind box kini begitu banyak dibuka bagaikan cendawan selepas hujan. Beliau mendakwa kebanyakan pengusaha blind box tersebut bijak memikat kanak-kanak dan remaja menerusi iklan berwarna-warni serta promosi yang memancing emosi. “Konsep jualan secara misteri ini……














