fbpx
PENYELUDUP menyembunyikan kondom berisi serbuk emas di dalam badan mereka. – X

Emas RM29 juta dalam kondom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Pegawai kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Narita membunyikan amaran mengenai trend penyeludupan pesat menyaksikan penumpang menyembunyikan kuantiti besar serbuk emas di dalam badan mereka menggunakan alat kontraseptif, lapor saluran berita Nippon News Network semalam.

Antara Januari hingga Mac lalu, Kastam Tokyo di Lapangan Terbang Narita merekodkan 33 kes penyeludupan emas dan merampas kira-kira 46 kilogram logam berharga itu.

Sebanyak 30 kes melibatkan emas dalam bentuk serbuk, dengan berat kira-kira 45 kilogram dan anggaran nilai pasaran 1.2 bilion yen (RM29.85 juta).

Menurut pihak berkuasa, penyeludup membungkus serbuk emas ke dalam alat kontraseptif seperti kondom, dan memasukkannya ke dalam badan mereka untuk melepasi kawalan keselamatan lapangan terbang.

Dalam satu contoh, seorang penumpang tunggal didapati menyembunyikan emas seberat 2.7 kilogram di dalam badannya.

Semua emas serbuk yang dipintas tiba melalui penerbangan dari Hong Kong. Menurut pihak berkuasa, daripada semua suspek yang ditahan, seramai 22 adalah wanita, dengan kebanyakan mereka merupakan individu pertengahan umur dan warga emas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN