fbpx
Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek sedang mengisi diesel di sebuah stesen minyak di Tumpat semalam.

Guna ‘fleet card’ rakan, seludup diesel jual di Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Seorang lelaki dicekup di Kampung Simpangan di sini semalam selepas dipercayai menggunakan lori dan menyalahgunakan kad subsidi diesel atau ‘fleet card’ milik rakannya di tiga buah stesen minyak sebelum menyeludup bahan api itu ke Thailand.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata, suspek berusia 49 tahun itu yang memandu sebuah lori jenis Daihatsu dikesan mengisi minyak di stesen minyak Pengkalan Kubor dan Wakaf Bharu di sini sebelum ke Tendong, Pasir Mas bermula pukul 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.

“Sepasukan anggota PGA pada awalnya mengekori lori tersebut ke pangkalan haram Tualang di sini sebelum kenderaan itu keluar dan menghala ke dua buah stesen minyak di Wakaf Bharu. Kenderaan itu kemudian bergerak ke sebuah lagi stesen minyak di Tendong untuk membuat pengisian diesel kali yang ketiga,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ahmad Radzi memberitahu, anggota PGA mengekori lori tersebut sebelum menahannya di jalan Kampung Simpangan di sini kira-kira pukul 1 tengah hari dan hasil pemeriksaan, pihaknya menemui dua keping ‘fleet card’ atas nama pemilik lori tersebut.

“Hasil soal siasat mendapati, lori tersebut juga milik rakannya yang disewa oleh suspek untuk kegiatan penyeludupan diesel. Suspek sudah mengisi sebanyak 90 liter diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM460 ke dalam tangki lori tersebut,” ujarnya.

Beliau berkata, hasil soal siasat mendapati, setangki diesel yang sudah diisi sebanyak 90 liter di dalam lori itu dijual pada harga RM360.

Menurutnya, sebanyak dua hingga tiga trip perjalanan pengisian diesel dijalankan oleh suspek setiap hari mengikut kepada permintaan pembeli dari Thailand.

“Pembelian bahan api itu dipercayai diuruskan oleh rakannya yang dikenali sebagai Pak Li dengan upah sebanyak RM30 hingga RM40 untuk sekali perjalanan. Mereka juga berhubung menggunakan aplikasi Zalo untuk setiap urusan jual dan beli diesel,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN