BERMULA dengan niat sederhana untuk mengajak sahabat terdekat belajar ilmu agama pada awal tahun lalu dengan mengadakan sebuah majlis kecil, Dr. Noor Amy Ismail tidak menyangka bahawa akhirnya inisiatif tersebut berkembang menjadi gerakan besar wanita yang menyentuh ribuan jiwa. Apa yang bermula sebagai jemputan peribadi sempena ulang tahun kelahirannya kini berkembang menjadi fenomena melalui gerakan yang dinamakan sebagai Wanita Itu. Setiap kali siri Wanita Itu diadakan, ribuan wanita hadir, memenuhi ruang masjid dengan tujuan yang sama iaitu mencari ilmu, memahami……














