fbpx
Anggota polis membawa suspek selepas permohonan reman di Mahkamah Majistret Gua Musang, Gua Musang hari ini. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

Suri rumah direman bantu siasat kes simpan M16 dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GUA MUSANG – Seorang suri rumah direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes penemuan lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak di sini semalam.

Perintah reman terhadap wanita berusia 32 tahun yang bermula hari ini hingga Sabtu itu dikeluarkan oleh Hakim Nik Mohd. Tarmizie Nik Mohd. Shukri.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek ditahan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam serbuan di serbuan di sebuah rumah Kampung Miak di sini semalam.

Menurutnya, tahanan reman itu bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api.

Kosmo! Online semalam melaporkan, PGA merampas lima laras senjata api termasuk raifal jenis M16 selepas menahan seorang wanita dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Miak di sini.

Tangkapan dilakukan kira-kira pukul 6.45 petang semalam menerusi Ops Bersepadu Khazanah Siri 4/2026 bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan Jabatan Perhutanan negeri Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN