fbpx
NAIB Presiden AS, JD Vance berjalan untuk menaiki pesawat rasmi, Air Force Two di Islamabad selepas gagal mencapai persetujuan dalam rundingan dengan Iran pada 12 April lalu. – AFP

Iran tolak sambung rundingan dengan Amerika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TEHRAN – Iran tidak merancang untuk menghadiri rundingan pusingan kedua dengan Amerika Syarikat(AS) buat masa ini, kata media Tehran, selepas Presiden Donald Trump mengarahkan perunding AS pergi ke Pakistan hari ini, hanya beberapa hari sebelum gencatan senjata di  Asia Barat berakhir. 

Sekatan berterusan Washington ke atas pelabuhan Iran telah menjadi isu penting. Masalah semakin rumit apabila kapal pemusnah Amerika melepaskan tembakan dan merampas kapal kargo Iran semalam. Tehran memberi amaran akan bertindak balas.

Media kerajaan, IRIB melaporkan bahawa Tehran buat masa ini tiada rancangan untuk menyertai pusingan rundingan Iran-AS yang seterusnya.

Agensi berita Fars dan Tasnim sebelum ini memetik sumber kerajaan sebagai berkata ‘suasana keseluruhan tidak boleh dinilai sebagai sangat positif’ sambil menambah, pemansuhan sekatan AS adalah prasyarat untuk rundingan. 

Sementara itu, agensi berita rasmi  IRNA melaporkan sumber kerajaan Iran menyatakan bahawa ‘tuntutan Washington  tidak munasabah dan tidak realistik’ dan ‘dalam keadaan ini, tiada prospek  jelas untuk rundingan yang membuahkan hasil’.

Sementara itu, kontrak penanda aras minyak Amerika, West Texas Intermediate (WTI) melonjak 7.5 peratus hari ini, manakala penanda aras antarabangsa Brent North Sea meningkat 6.5 peratus.

Perkembangan itu berlaku selepas tarikh akhir gencatan senjata  Iran dan Amerika Syarikat-Israel hanya tinggal  beberapa hari lagi.

Di Washington, Presiden Donald Trump memperbaharui ancamannya terhadap infrastruktur Iran jika perjanjian tidak dimeterai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN