fbpx
GAMBAR fail 21 Januari 2020 menunjukkan polis dan askar mengiringi seorang ketua PCC menaiki helikopter menuju ke sebuah hospital di Brasilia. – AFP

Amerika label CV, PCC kumpulan pengganas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Amerika Syarikat(AS) semalam melabelkan dua kumpulan penjenayah Brazil iaitu Red Command (CV) dan First Capital Command (PCC) sebagai organisasi pengganas walaupun menerima  tentangan dari Brasilia.

“CV dan PCC adalah dua organisasi jenayah paling ganas di Brazil.

“Pengaruh dan rangkaian haram mereka melangkaui sempadan Brazil, merentasi rantau kita dan masuk ke dalam negara kita,” kata Setiausaha Negara Marco Rubio.

“Kedua-duanya memerintah beribu-ribu ahli dan mengatur serangan kejam terhadap pegawai polis, kakitangan kerajaan dan orang awam,” tambahnya.

Presiden Brazil,  Luiz Inacio Lula da Silva menjelaskan bantahan beliau terhadap langkah itu  yang mempunyai implikasi undang-undang meluas di AS.

Saingan utama Lula dalam pilihan raya akan datang iaitu  tokoh konservatif Flavio Bolsonaro, menyokong pelabelan tersebut. Bolsonaro bertemu Presiden Donald Trump awal minggu ini.

Washington mula melabelkan kumpulan jenayah  seperti kartel Sinaloa dan Jalisco New Generation di Mexico sebagai pengganas apabila Trump memegang jawatan Presiden AS pada Januari 2025.

Label pengganas membolehkan tindakan meluas AS dari sudut undang-undang termasuk   usaha penguatkuasaan undang-undang, perisikan dan pencegahan keganasan  terhadap kumpulan tersebut, pemimpin mereka dan kepentingan mereka di seluruh dunia.

Pada Oktober 2025,  pasukan keselamatan Brazil melancarkan serbuan besar-besaran terhadap CV  yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 119 orang terbunuh.  – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN