fbpx
TENAGA kerja manusia masih diperlukan untuk mengawasi operasi robot.

Teknologi robotik AI percepat agihan makanan komuniti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PROSES penyediaan makanan dalam jumlah yang banyak dengan mengikut keperluan nutrisi pesakit biasanya mengambil masa lama.

Menyedari masalah itu, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Project Open Hand menggunakan teknologi robotik yang dilengkapi dengan kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan ribuan hidangan disediakan secara konsisten.

Inisiatif berkenaan dilihat mampu meningkatkan kecekapan operasi, selain mengurangkan beban tenaga kerja manusia.

Penggunaan robot automasi itu juga telah mempercepatkan proses penyediaan makanan kepada golongan gelandangan dan pekerja berpendapatan rendah di sekitar Tenderloin, San Francisco, Amerika Syarikat.

Hasil kerjasama dengan syarikat teknologi, Chef Robotics, robot yang dilengkapi dengan kamera pintar dan sensor berfungsi sebagai ‘mata’ berjaya dibangunkan.

Kamera yang dilengkapi AI itu menggunakan algoritma pengesanan objek untuk mengecam jenis bekas dan memastikan makanan diletakkan pada tempat yang betul.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Project Open Hand, Paul Hepfer, penggunaan sistem robotik dalam penyediaan makanan bermula apabila NGO tersebut ingin menyediakan makanan buat pesakit HIV/AIDS, sakit jantung, diabetes dan penyakit buah pinggang kronik.

“Kami bergelut untuk mendapatkan jumlah penyertaan sukarelawan yang ramai untuk mengisi kit makanan yang dianggarkan sekitar 2,500 pek sehari.

“Disebabkan perkara itu agar mencabar untuk dilakukan, maka kami membangunkan sistem robotik bagi memudahkan proses pembungkusan makanan.

AI membantu robot menentukan jumlah kandungan dan jenis makanan yang perlu diletakkan dalam bekas.

“Proses penyediaan dan memasak masih dilakukan oleh sukarelawan di Richard & Rhoda Goldman Kitchen,” ujarnya kepada portal Wired.com.
Penggunaan robot itu juga dianggap sebagai penyelesaian praktikal bagi memastikan bantuan makanan dapat disalurkan secara berterusan kepada komuniti setempat, sekali gus mengurangkan

kos operasi dan kekurangan tenaga kerja sukarelawan.

Menariknya, senduk pada lengan robot akan ditukar mengikut jenis menu dan sukatan diperlukan, sebelum disimpankan dirak khas supaya tidak terdedah kepada kotoran.

Hepfer turut menyifatkan sistem robotik itu telah membuktikan teknologi automasi bukan sahaja digunakan dalam sektor industri dan perniagaan, malah berpotensi membantu organisasi kebajikan menjalankan misi kemanusiaan dengan lebih cekap serta sistematik.

Sementara itu, sistem AI juga dilatih supaya menggunakan data imej dan simulasi fizikal bagi mengecam tekstur makanan.

“Apabila mengambil makanan, AI akan membantu robot mengendalikan bahan dan meramal kelajuan untuk mengambil makanan secara automatik.

“AI secara automatik akan mengubah suai sudut pergerakan lengan robot mengikut perubahan di persekitaran,” katanya.

Walaupun teknologi menjadi tunjang utama, namun tenaga kerja manusia tetap memegang peranan penting untuk mengawasi operasi robot, mengawal kualiti akhir setiap hidangan, menguruskan bahan mentah serta mengagihkan makanan kepada penduduk.

Kerjasama antara manusia dan mesin bukan sahaja dapat mengurangkan beban kerja, malah membolehkan kakitangan menumpukan lebih masa kepada aspek perkhidmatan sosial serta interaksi dengan komuniti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN