fbpx
Muhammad Rakis ketika dibawa keluar selepas dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret Klang. Foto oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS/KOSMO!

Baru lepas keluar penjara, bekas banduan tunjuk kemaluan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Perbuatan tidak senonoh bekas banduan menunjukkan kemaluan kepada seorang wanita membawa padah apabila dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret A. Karthiyayini menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Muhammad Rakis Abdul Lama, 38, membuat pengakuan bersalah. Mahkamah memerintahkan hukuman berjalan dari tarikh tangkapan pada 14 April lalu.

Lelaki itu didakwa hendak mengaibkan kehormatan mangsa berusia 21 tahun dengan menunjukan kemaluannya di sebuah rumah di Teluk Pulai di sini, pada pukul 11 malam, 12 April lalu.

Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Mengikut fakta kes, tertuduh memerhati mangsa yang berada di ruang tamu sebelum baring menghadap mangsa dan menunjukkan kemaluan. Mangsa segera memanggil abang iparnya yang berada di bilik tingkat atas bagi meminta pertolongan.

Terdahulu, Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, M. Soosai Raj merayu hukuman minimum kerana tertuduh baru keluar dari penjara dan tiada pekerjaan. Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Syuhada Rosli memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN