PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di sembilan buah negeri petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kecang yang dijangka berlaku hingga 7 malam nanti.
Amaran itu dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Johor dan Sarawak
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling dan Kulim).
“Selain itu, amaran juga dikeluarkan bagi beberapa daerah di Perak iaitu di Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim,” katanya.
Bagi negeri Kelantan, amaran ribut petir itu dikeluarkan bagi daerah Kuala Krai dan Gua Musang.
“Di Terengganu, cuaca sama dijangka melanda daerah Besut dan Hulu Terengganu.
“Sementara itu di Pahang, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Raub dan Rompin,” katanya.
Turut terlibat ialah kawasan Selangor (Hulu Selangor), Johor (Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi) dan Sarawak: Kuching (Lundu dan Kuching), Samarahan (Simunjan), Sri Aman dan Betong (Betong). – KOSMO! ONLINE














