fbpx
ANWAR

Kedaulatan undang-undang terhakis apabila prinsip keadilan diketepikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedaulatan undang-undang dalam hubungan antarabangsa semakin terhakis.

Menurut beliau, kedaulatan undang-undang terhakis apabila prinsip keadilan kerap diketepikan akibat pengaruh kuasa besar serta amalan penguatkuasaan yang bersifat terpilih.

Justeru, katanya, kedaulatan undang-undang mesti terus dipertahankan sebagai sesuatu yang boleh diakses dan dikuatkuasakan secara sejagat.

“Integritinya adalah asas penting kepada pembinaan sistem antarabangsa yang adil, stabil dan berteraskan peraturan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Persidangan Persatuan Pendidikan Undang-Undang Komanwel 2026 di Universiti Malaya hari ini.

Terdahulu, Anwar berkata, dunia kini berada di ambang perubahan besar yang menuntut profesion guaman untuk segera menyesuaikan diri dengan cabaran baharu.

Menurut beliau, ia termasuk kemunculan teknologi kecerdasan buatan seperti model bahasa berskala besar dan keupayaan penaakulan yang semakin canggih.

Ujar beliau, perkembangan itu bukan sahaja mengubah landskap perundangan, malah menuntut kesiapsiagaan yang menyeluruh dari segi kemahiran, kerangka etika serta pendekatan dalam pendidikan undang-undang agar kekal relevan dengan tuntutan zaman.

“Seiring kita melangkah dalam era perubahan yang signifikan ini, persidangan seumpama ini harus dimanfaatkan sebagai wadah wacana yang bermakna dan berwibawa.

“Membincangkan bagaimana undang-undang perlu berevolusi demi memastikan ia terus menjunjung prinsip keadilan, keseimbangan dan nilai kemanusiaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN