fbpx
Kelong memancing Gapis Aqua Game yang selamat dan selesa untuk satu kumpulan yang besar.

Trip memancing keluarga Madani di atas kelong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SYARIKAT Madani Group yang ditubuhkan pada awal 2009 merupakan sebuah syarikat teknologi maklumat yang bertapak di Ipoh, Perak. Aktiviti memancing telah dijadikan sebagai salah satu program tahunan buat pekerja syarikat ini untuk mengeratkan silaturahim antara mereka.

Program yang berlangsung seawal pukul lapan pagi itu menghimpunkan kakitangan dari pelbagai unit. Objektif utama pe­­nganjuran adalah untuk menghargai komitmen pekerja selain mewujudkan suasana santai di luar pejabat.

Menurut Pengarah Urusan Madani Group, Datuk Dr. Jasni Hashim, aktiviti seperti ini mampu mengukuhkan semangat berpasukan dan memberi ruang kepada pekerja untuk berinteraksi dalam suasana lebih santai bersama pihak pengurusan.

“Selama ini kita banyak berurusan dalam suasana formal di pejabat. Jadi, melalui program se­perti ini, kita dapat beramah mesra, berkongsi minat dan mengeratkan lagi hubungan keke­luargaan,” katanya.

Sepanjang trip tersebut, para peserta berpeluang merasai pengalaman memancing di kelong yang terkenal dengan spesies ikan seperti siakap putih, siakap merah, jenahak, senangin, sembilang, tamok dan lain-lain.

Ada yang menggunakan teknik pancing dasar dengan umpan udang hidup, manakala sebahagian lagi mencuba nasib dengan teknik pelampung menggunakan umpan roti bagi mencari ikan tamok iaitu spesies ikan belanak bersaiz kasar yang cukup terkenal di perairan Telaga Nenas ini.

Meriah

Jeritan kegembiraan jelas kedengaran apabila beberapa peserta berjaya menaikkan ikan pada awal pagi dan lebih mencuit hati, anak-anak kecil turut tidak melepaskan peluang cuba memancing, sekali gus mencipta kenangan manis buat mereka.

Dr. Jasni memancing bersama anak-anak, pagar yang kukuh merupakan satu ciri keselamatan untuk kelong memancing ini.

Selain aktiviti memancing, pihak syarikat turut menyediakan jamuan ringkas serta sesi cabutan bertuah bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Dr. Jasni dalam ucapannya berkata, beliau amat menghargai komitmen dan dedikasi semua pekerja.

“Syarikat ini berkembang hasil usaha bersama semua orang. Trip seperti ini adalah tanda penghargaan syarikat kepada semua yang telah bertungkus-lumus memastikan kelangsungan dan kejayaan syarikat,” ujarnya.

Beliau turut berharap agar prog­ram sebegini dapat dijadikan acara tahunan kerana selain memberi peluang berehat, ia turut menjadi platform terbaik untuk membina hubungan lebih akrab antara pekerja dan pihak pengurusan.

Rata-rata peserta melahirkan rasa gembira dan berharap lebih banyak aktiviti santai seumpama sesi memancing seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap lagi pada masa hadapan.

Bagi mereka, kenangan memancing di kelong bukan sahaja tentang hasil tangkapan, tetapi nilai kebersamaan yang sukar dijual beli.

Sesi malam

Menjelang malam, suasana di atas kelong menjadi semakin meriah apabila ada peserta yang berjaya menaikkan ikan siakap merah yang bersaiz kasar menggunakan umpan udang hidup.

Harus tahu di mana posisi reba yang diletakkan di sekitar kelong jika mahukan ikan siakap merah.

Suasana malam yang sunyi sering kali dikejutkan oleh bunyi jeritan kegembiraan apabila ada joran yang melentur direntap ganas oleh peng­huni muara dan juga gelak ketawa apabila ada yang terlepas tangkapan disebabkan tali pancing putus atau ikan rabut dari mata kail.

Waktu malam yang semakin larut tidak terasa bagi semua peserta walaupun ada yang baru pertama kali mencuba hobi ‘hanyir’ ini.

Sesi pagi

Pagi berikutnya selepas bersarapan nasi lemak dan kopi panas, saya yang turut menyertai trip ini mengambil peluang untuk mencuba untuk memancing ikan tamok dengan pelampung menggunakan umpan roti.

Kebetulan masa itu air mati tidak berarus dan kelihatan kumpulan ikan tamok ada berlegar di sekitar kelong.

Selang beberapa minit kemudian, pelampung yang tadinya diam, terus tenggelam. Ikan dimainkan dengan berhati-hati kerana takut terlepas kerana mata kail yang halus, selepas itu seekor tamok sekilogram berjaya saya naikkan.

Semua peserta yang ada di atas kelong terus teruja dan ingin mencuba teknik yang sama dan hasil yang diperolehi selepas itu cukup memuaskan hati hingga membuatkan semua orang ingin datang lagi ke kelong ini semata-mata untuk memancing tamok.

Petang itu, peserta program pulang dengan wajah ceria, membawa bersama hasil tangkapan serta kenangan manis untuk dikenang.

Trip memancing anjuran Madani Group ini membuktikan bahawa aktiviti riadah seperti memancing mampu menjadi medium terbaik dalam memperkukuh ukhuwah dan semangat kekeluargaan dalam sese

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN