fbpx
SONGKET menjadi tema yang diketengahkan 1 Utama sempena Aidilfitri ini.

Terokai keindahan kraf di pusat beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MENJELANG Aidilfitri yang bakal disambut kurang dua minggu lagi, suasana perayaan mula dirasai di mana-mana. 

Membuat persiapan raya daripada pakaian sehingga kelengkapan rumah bukan sahaja menambahkan keterujaan, malah membuka peluang untuk keluarga dan rakan-rakan berkunjung ke pusat-pusat beli-belah bagi meraikan momen istimewa bersama.

Di pusat beli-belah 1 Utama, Petaling Jaya, Selangor orang ramai bukan sahaja dapat menyaksikan dekorasi Indahnya Syawal menerusi ‘kampung kecil’ khusus sempena Aidilfitri, berswafoto, bahkan berpeluang mendekatkan diri dengan pameran dan kerja-kerja kraf anjuran Kraftangan Malaysia.

Bermula 27 Februari lalu hingga 19 Mac ini, para pencinta kraf tangan boleh meneroka pelbagai seni dan kraf tradisional di Pasar Seni & Kraf oleh Kraftangan Malaysia.

Pengunjung boleh berbuat demikian dengan menyertai Bengkel Kreativiti Seni dan berpeluang menghasilkan karya seni Melayu sendiri melalui bengkel interaktif termasuk wayang kulit, lukisan labu dan batik, mosaic coasters serta seni rotan mini.

ORANG ramai berpeluang melihat pelbagai kraf dan mengikuti bengkel seni kraf anjuran Kraftangan Malaysia di 1 Utama sempena Aldilfitri ini.

Menurut Ketua Pengiklanan dan Promosi, Reka Bentuk & Visual Merchandising 1 Utama, Chai Ai Ping, pengunjung tidak seharusnya melepaskan peluang mengunjungi reruai Kraftangan Malaysia yang menampilkan pelbagai produk kraf menarik. 

“Tema bagi kampung Indahnya Syawal di 1 Utama adalah songket. 

“Tahun ini, kami menampilkan kira-kira tujuh buah reruai Kraftangan Malaysia yang menampilkan pameran dan jualan pelbagai produk kraf khususnya songket menerusi reruai Atikah Songket. 

“Selain itu, Kraftangan Malaysia turut mempamerkan sebuah mesin tenun tradisional, di sini pengunjung boleh melihat sendiri sesi demonstrasi tenunan secara langsung,” katanya. 

Selain songket, Kraftangan Malaysia turut menampilkan reruai tanoti crafts, sebuah perusahaan sosial di Sarawak yang memelihara kraf warisan, terutama tenunan songket dan manik. 

“Kios ini adalah yang saya sifatkan sebagai wajib dikunjungi jika anda datang ke 1 Utama untuk persiapan menyambut Syawal,” kata Ai Ping.

BINAAN rumah kayu Melayu klasik dua tingkat yang memukau menggamit orang ramai bergambar beramai-ramai atau berswafoto.

Di 1 Utama, pengunjung boleh merasai semangat lebaran itu di aras LG Oval dan GF Centre Court saat melangkah masuk ke sebuah binaan rumah Melayu tradisional yang dua tingkat yang menggabungkan kepakaran seni dengan sentuhan kontemporari.

Seni bina rumah Melayu klasik yang memukau dengan dekorasi bak rumah nenek di kampung halaman pastinya mengimbau memori beraya bersama yang tersayang.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang melihat Pentas Tanjak Warisan, yang merupakan sebuah pentas bertemakan tanjak yang menjadi simbol keanggunan songket dan kekayaan warisan Melayu.

Ia juga menjadi lokasi paling mendapat tumpuan pengunjung untuk berkumpul dan merakam kenangan bermakna sambil menyelami keindahan Syawal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN