fbpx
ANGGOTA imigresen melakukan pemeriksaan ke atas warga asing yang bekerja di bazar Ramadan di Segamat, Rabu lalu. Foto IHSAN IMIGRESEN

10 PATI bekerja di bazar Ramadan kena tahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Seramai 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Ops Selera, Ops Kutip dan Ops Jaja yang dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Johor di sekitar daerah ini, Rabu lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, operasi berfokus itu menyasarkan beberapa premis perniagaan dan bazar Ramadan yang dikenal pasti menggaji atau melindungi warga asing tanpa dokumen sah.

Menurutnya, bertindak atas maklumat awam dan risikan, operasi bermula pukul 9 pagi itu dijalankan serentak ke atas beberapa premis termasuk kedai perabot, premis makanan serta tapak bazar Ramadan.

“10 warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen, yang terdiri daripada seorang lelaki warga India, dua lelaki Bangladesh, seorang lelaki Pakistan, seorang lelaki Indonesia, seorang lelaki Kemboja dan empat wanita Indonesia berusia antara 17 hingga 53 tahun,” katanya dalam satu kenyataan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN