fbpx
NOR BALQIS bersama bayinya berusia tiga bulan yang maut dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi kelmarin.

‘Saya terpegun, isteri nampak sangat cantik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA TINGGI – “Saya terpegun tengok dia petang itu, memang luar biasa cantik.”

Itu luahan Muhammad Asyraf Yatim, 34, suami kepada Nor Balqis Yazid, 24, yang maut bersama bayi mereka, Mohd. Bilal Asyraf berusia tiga bulan dalam kemalangan di Kilometer 65, Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini kelmarin.

Menurut Muhammad Asyraf, petang kelmarin adalah kali terakhir dia melihat isterinya sewaktu keluar dengan ketiga-tiga anaknya kira-kira pukul 6 petang.

Katanya, arwah yang bekerja sebagai pembantu kedai makan di Felda Air Tawar 2 bercuti pada hari kejadian dan dalam perjalanan ke bank sebelum merancang keluar makan bersama rakan sekerja.

“Biasanya dia bersiap sederhana saja. Tapi semalam (kelmarin) pakaian dan solekan dia luar biasa. Saya pandang dia lama sikit, memang terpegun dan sempat memuji di dalam hati.

“Arwah sempat pesan kepada saya untuk datang makan malam bersama dia dan anak-anak.

“Kira-kira pukul 7 malam saya dapat berita sedih isteri dan anak-anak terlibat kemalangan,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi di sini semalam.

Katanya, sebaik mene­rima berita itu, dia bergegas ke lokasi kejadian sebelum mendapati isterinya sudah tidak ber­nyawa.

“Saya buka pintu kereta, isteri sudah tidak bernyawa dan tersepit. Anak-anak semua dah tak ada, dibawa ke hospital.

“Anak sulung berusia lapan tahun mengalami pendarahan di kepala, manakala anak berusia empat tahun alami pendarahan di perut. Kedua-duanya dirawat di zon merah Hospital Sultan Ismail.

“Anak bongsu berusia tiga bulan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, polis menerima maklumat kemalangan melibatkan Pe­rodua Bezza dan sebuah lori kira-kira pukul 7.20 malam. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN