fbpx
MUHAMAD ANWAR (dua dari kanan) bersama pekerja-pekerja Kafe X-10 Coffee menunjukkan minuman dan pastri yang terdapat di kafe milik Maahad Tahfiz al-Quran Wal Qiraat Addin 10 di Ipoh semalam.

Buka kafe, tahfiz kikis tanggapan kutip derma

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Sebuah maahad tahfiz berjaya menambah pendapatan bagi menampung kos operasi dengan membuka kafe kopi memandangkan minuman itu menjadi trend sekarang ini.

Di samping berjaya menjana pendapatan sendiri, pusat tahfz itu mahu membuang persepsi masyarakat bahawa maahad se­ring meminta derma dan bergantung kepada yuran semata.

Sejak Kafe X-10 Coffee yang terletak di Kampung Sungai Kati, Manjoi dibuka pada tiga bulan lalu, ia telah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM20,000 sebulan.

Kata Pengetua Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 10, Muhamad Anwar Mohd. Sukandar berkata, sambutan yang diterima cukup menggalakkan sehingga ada pelanggan sejauh dari Johor dan Kelantan.

“Saya rasa inilah pusat tahfiz pertama yang membuka kafe kopi untuk menjana pendapatan,” jelasnya ketika ditemui semalam.

Jelas Muhammad Anwar, pihaknya mahu membuang persepsi, maahad tahfiz swasta hanya bergantung dengan kutipan derma dan yuran sahaja tetapi dengan mewujudkan bisnes ekonomi yang mampan serta profesional.

“Derma itu ditukar kepada perkhidmatan kami selain memahami trend semasa dan minat generasi muda, remaja dan berumur dengan minuman kopi, matcha serta kepelbagaian pastri,” katanya.

Beliau berkata, kafe itu menawarkan 10 minuman berasaskan kopi, matcha dan 10 aneka pastri seperti donut, muffin dan croissant.

“Kafe ini mpunyai tiga elemen iaitu kafe sosial, pusat TVET dan pusat pertanyaan berkenaan huffaz. Jadi selain daripada kafe sosial kita juga menjadi sebuah pusat latihan buat pelajar-pelajar tahfiz yang sudah khatam atau ingin menamatkan saki-baki juzuk yang tinggal
sebelum menjadi al-Hafiz.

“Mereka boleh menjadikan kafe ini sebagai tempat mereka bekerja sambil belajar dan pada waktu sama memperoleh gaji. Pekerja kami menerima latihan selama tiga bulan hasil geran Jabatan Agama Islam Perak melalui kursus TVET Barista,” katanya.

Ujarnya, walaupun baru beroperasi mereka telah memenangi tempat kedua Anugerah Institusi MyTahfiz Skills Terbaik 2025 dan Anugerah Program My Tahfiz Skills Microcredentials Stand Alone Berimpak Tinggi sempena Karnival MyTahfiz Skill 2025.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN