fbpx
Nor Syatirah dan Mohamad Fariz di samping Muhammad Arash Zulkarnain akan terbang ke Shanghai, China pada 21 Januari ini untuk pembedahan pemindahan hati.

‘Kami mahu Arash hidup sihat seperti kanak-kanak lain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENDANG – Impian sepasang suami isteri untuk melihat anak lelaki mereka melalui kehidupan normal seperti kanak-kanak lain bakal menjadi kenyataan apabila Muhammad Arash Zulkarnain Mohamad Fariz Najdi yang kini berusia tiga tahun dijadual menjalani pembedahan pemindahan hati di Shanghai, China pada 21 Januari ini.

Dana berjumlah RM185,000 untuk membiayai pembedahan Muhammad Arash yang juga penghidap kanser itu berjaya dikumpul selepas kisah kanak-kanak itu disiarkan di akhbar Kosmo! pada Di­sember tahun lalu.

Ibu kanak-kanak tersebut, Nor Syatirah Zairenor, 31, yang me­rupakan penderma hati untuk anaknya berkata, dia dan suami, Mohamad Fariz Najdi Mahamad Subri, 31, serta seorang wakil sukarelawan akan mengiringi Muhammad Arash ke China pada 21 Januari depan.

“Alhamdulillah dana untuk Arash sudah mencukupi dengan kutipan RM212,106.75. InsyaAllah kami akan berangkat ke China pada 21 Januari ini untuk pemindahan hati Arash di Hospital Renji, Shanghai.

“Kami berterima kasih kepada semua yang menghulurkan sumbangan ini. Terima kasih kepada yang membantu perjuangan kami termasuk akhbar Kosmo!. Doakan agar semua berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Nor Syatirah yang menetap di Pendang, mereka sekeluarga menaruh harapan tinggi agar anak kedua itu pulih dan menjalani kehidupan seperti sedia kala.

“Besar harapan kami supaya pembedahan ini berjaya dan kami nak tengok Arash hidup sihat seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Tambahnya, mereka akan berada di hospital berkenaan selama lebih kurang 25 hari bagi pembedahan dan rawatan susulan Muhammad Arash.

Kosmo! pada 31 Disember menyiarkan penderitaan kanak-kanak tersebut akibat penyakit kanser yang menyebabkan kerosakan hatinya, Langerhans’ Cell Histiocytosis (LCH).

Bagaimanapun, harapan itu hanya dapat direalisasikan sekiranya Muhammad Arash dapat menjalani pembedahan pemindahan hati di Renji Hospital, Shanghai, China yang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM185,000.

Ibu kanak-kanak tersebut, Nor Syatirah Zairenor, 31, berkata, setakat ini dana yang terkumpul cuma RM2,000 walaupun pembedahan itu dijadualkan pada Januari depan.

“Hanya pembedahan sahaja yang mampu menyelamatkan nyawa Arash. Doktor menyarankan agar Arash dibedah secepat mungkin atau nyawanya dalam bahaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN