fbpx
Ahmad Fauzan (kanan) menyerahkan borang permohonan lesen mendulang emas kepada kakitangan PTG Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

Dulang emas: Tak ramai orang Kelantan mohon lesen hari pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Kaunter Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim di sini lengang berikutan tidak ramai rakyat negeri ini yang hadir untuk memohon lesen mendulang emas selepas permohonan dibuka hari ini.

Tinjauan di kaunter PTG Kelantan mendapati beberapa individu dari Tumpat dan Tanah Merah hadir untuk memohon lesen tersebut hari ini.

Seorang peniaga, Ahmad Fauzan Mohd. Zain, 48, berkata, dia membuat bayaran sebanyak RM100 untuk memohon lesen tersebut, namun terkejut apabila dimaklumkan pemohon perlu membayar jumlah sama sekali lagi selepas permohonan diluluskan kelak.

Dia yang datang dari Tanah Merah tidak mengetahui terdapat bayaran tambahan selepas permohonan mendulang emas diluluskan.

“Saya dimaklumkan permohonan ini mengambil sedikit masa untuk diluluskan. Jadi, pemohon perlu menunggu untuk tempoh yang tertentu.

“Sejujurnya, saya berasa sangat teruja untuk mendapatkan lesen kerana mahu mencuba mendulang emas di Sungai Pergau dan Sungai Bintang di Jeli,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, bekas tukang emas dari Tumpat, Mohd. Yusoff Hasan, 53, berkata, dia sudah menghantar borang permohonan mendulang emas kepada PTG sebelum diarahkan oleh pegawai untuk menunggu bagi proses kelulusan.

“Saya tidak pernah mendulang emas, jadi apabila kerajaan beri kebenaran, saya berminat untuk mencuba nasib. Apabila lesen diluluskan nanti, saya berhajat untuk mendulang emas di Kampung Sokor, Tanah Merah walaupun kerajaan negeri masih belum menetapkan lokasinya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN