Lokasi mayat seorang wanita yang disumbat dalam beg ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas, Rembau. - GAMBAR FAIL

Suspek berlagak seperti biasa – Penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REMBAU – Penduduk Kampung Batu 4, Pedas di sini mendakwa suspek utama yang ditahan bagi membantu siasatan kes pe­nemuan mayat wanita dalam beg telah dilihat di kawasan kampung itu seminggu sebelum polis menjumpai mayat wanita itu pada 18 Disember lalu.

Malah dakwa penduduk, suspek tidak menunjukkan sebarang tanda selain sempat minum petang di sebuah kedai berhampiran kediaman keluarganya.

Menurut penduduk yang ingin dikenali sebagai Rahim, 60-an, dia berbual dengan suspek se­minggu sebelum pe­nemuan mayat wanita berkenaan dan mereka saling bertanya khabar.

“Lelaki (suspek) itu be­ritahu dia pulang ke rumah pusaka untuk kemas kediaman berkenaan selain memaklumkan telah lama bercerai dengan isteri serta telah pun berkahwin ­dengan wanita Sarawak.

“Saya juga memintanya untuk membawa pulang isteri baharu ke rumah, namun dia menyatakan agak sukar. Lelaki ini (suspek) orangnya baik dan tidak pernah dengar dia mengganggu orang tetapi apabila jadi begini kami semua terkejut.

“Ada penduduk yang nampak kereta suspek berada di lokasi kejadian pada pagi Jumaat, 12 Disember lalu,” dakwanya ketika ditemui semalam.

Dalam pada itu, penduduk lain yang ingin dikenali sebagai Rashid, 50-an mendakwa, dia mendapat tahu suspek pernah berpesan pada anaknya supaya menjaga adik-adiknya sekiranya berlaku sesuatu pada dirinya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan dua lelaki ditahan di Melaka dan Genting Sempah di Pahang bagi membantu siasatan mayat seorang wanita yang disumbat di dalam beg sebelum ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Batu 4, Pedas di sini.

Difahamkan suspek pertama merupakan seorang pemandu e-hailing dan mempunyai enam rekod jenayah.

Suspek kedua yang juga suspek utama berusia 51 tahun diberkas di Genting Sempah pada pukul 3.09 petang Jumaat lalu dan l­elaki itu tidak mempunyai rekod jenayah.

Difahamkan, suspek utama yang merupakan penganggur itu saudara kepada pemilik kediaman serta lokasi kediaman yang sudah ditinggalkan sejak dua tahun lalu itu hanya dikunjungi sekali-sekala oleh ahli keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN