fbpx
HASIL tangkapan trip bermalam di Sungai Besar.

Trip bermalam di laut Sungai Besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAYA  lebih bersantai dalam trip ini kerana menjadi tukang masak untuk sembilan orang pemancing yang baru ‘berkenalan’ dengan pancingan laut.

Walaupun masih dikira ‘putik hijau’, namun geng ini dapat bertahan dengan baik di sepanjang trip.

Tiada seorang pun yang mabuk laut, walaupun bot kayu Ah Seng terkenal dengan ‘goyang’ padu setiap kali dilambung ombak. 

Perkara paling utama untuk muka baharu ketika memancing dasar di laut adalah penggunaan set pancing, perambut, mata kail dan umpan yang betul.

Kemudian, cara yang membezakan mana satu lenturan joran akibat alun dan umpan digetu ikan. 

MASING-MASING sudah tidak sabar untuk memulakan trip memancing dasar.

Kerajinan setiap pemancing di atas bot seperti kerap memeriksa dan menukar umpan baharu juga amat penting untuk mendapatkan hasil tangkapan memuaskan. 

Semuanya berjalan dengan lancar, cuma kutipan hasil pancingan masih belum dapat dibanggakan pada sesi 

pancingan di hari pertama.

Namun, setiap orang masih lagi dapat ikan dan tidak ‘kumpau’. 

IKAN kerapu membedal umpan yang Mejah hulurkan.

Hari kedua

Di hari kedua, barulah masing masing dapat menyesuaikan diri dengan teknik pancingan dasar yang betul.

Misalnya, tentang saiz dan panjang perambut serta penggunaan batu ladung yang sesuai dengan kedudukan peman­cing, berlandaskan keadaan arus. 

Malamnya, semua orang dapat menarik beberapa ekor ikan jenahak.

Salah seorang daripada mereka dapat mendaratkan seekor ikan pari dalam anggaran saiz 15 kilogram. 

Keesokan pagi, bot bergerak pulang 

dan tiba di jeti sekitar jam 10 pagi. 

Sesungguhnya, mereka berasa amat berpuas hati dengan hasil pancingan. Semua berazam untuk mengulang lagi di masa akan datang.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN