fbpx
BUKIT Malut, Langkawi yang menjadi lokasi tumpuan pelarian Rohingya dari Myanmar.

Dari Myanmar ke Bukit Malut, kisah Rohingya terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LANGKAWI – Penempatan Bu­kit Malut di sini memang menjadi destinasi utama pela­rian Rohingya yang datang dari Myan­mar sejak dulu untuk memulakan kehidupan lebih baik di negara ini.

Penempatan itu sebelum ini pernah menjadi kontroversi beberapa tahun lalu kerana dikatakan jumlah penduduk terdiri daripada pelarian Rohingya bertambah setiap masa dan jumlah mereka dikatakan mencecah puluhan ribu orang dan ada yang didakwa menceroboh ta­nah rizab hutan paya bakau untuk dijadikan penempatan.

Pelarian etnik Rohingya yang berada di perkampungan itu bia­sanya bekerja sebagai nelayan atau melakukan kerja-kerja kampung.

Pelarian ini selalunya memegang kad pelarian UNHCR (Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian) terpaksa me­lakukan kerja-kerja tersebut kerana undang-undang di Malaysia tidak benarkan mereka untuk bekerja secara sah.

Seorang penduduk yang ha­nya dikenali sebagai Azmi, 65, berkata, ada antara mereka yang menyewa daripada penduduk tempatan di sekitar Langkawi, selain tinggal di pe­nempatan haram Bukit Malut.

“Ada tuan rumah yang tidak kisah kepada siapa mereka menyewakan rumah atau bilik yang mereka ada yang penting mereka terima bayaran tepat pada masanya.

“Kalau yang tinggal di Bukit Malut pula mereka biasanya tidak begitu bergaul dengan masyarakat di sini, ibarat tera­sing daripada komuniti tempatan dan hanya berada di dalam kelompok mereka sendiri,” katanya.

Seorang lagi nelayan yang hanya dikenali sebagai Saiful, 48, berkata, selama hampir 30 tahun dia bekerja sebagai nelayan di sini, dia tidak pernah bertemu dengan bot pelarian ini di laut.

“Saya biasa melihat etnik Rohingya ini bekerja sebagai kru bot nelayan tempatan atau mengambil upah dengan kerja-kerja kampung, tetapi kebanyakan mereka seperti sudah lama menetap di sini kerana sudah fasih berbahasa Melayu.

“Kalau ada sekali pun mereka ini yang berjaya sampai ke darat, tiada penduduk akan melindungi mereka dan pasti­nya akan menyerahkan pelarian ini kepada pihak berkuasa ke­rana tidak mahu terlibat dengan aktiviti haram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN