SUNGAI PETANI – Walaupun pernah diserbu beberapa kali sebelum ini, sebuah pusat hiburan di Taman Petani Jaya di sini tidak serik dan masih berdegil apabila tetap meneruskan operasi tanpa lesen sebelum diserbu pihak berkuasa malam kelmarin.
Serbuan dilakukan oleh pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda pada pukul 11.30 malam selepas menerima maklumat awam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis yang dijadikan pusat hiburan dan dimiliki oleh
seorang warga Myanmar berusia 28 tahun itu beroperasi tanpa lesen yang sah.
“Premis beroperasi dari pukul 7 malam hingga 3 pagi hanya membenarkan pelanggan daripada negara Vietnam sahaja memasuki untuk berhibur dan berkaraoke.
“Kita turut menahan dua pekerja lelaki bersama 14 pelanggan lelaki dan tujuh pelanggan wanita untuk pemeriksaan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang
dokumen pengenalan diri,” katanya.
Menurut Hanyan semua yang ditahan merupakan warga Myanmar berumur antara 19 hingga 39 tahun selain pihaknya turut merampas sejumlah wang tunai dan peralatan karaoke,” katanya.
Menurut Hanyan, semua tangkapan dan barang rampasan dibawa balik ke IPD Kuala Muda untuk pemeriksaan lanjut dibawah Seksyen 6(2) Enekmen Hiburan Dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH),6(1)(c) Akta Imegresen dan Peraturan 39(b) Peraturan Peraturan Imigresesn. – KOSMO! ONLINE














