fbpx
Gambar hiasan

Hujan lebat landa hampir seluruh negara termasuk Kelantan, Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir hampir seluruh negara termasuk Selangor, Kelantan serta Terengganu.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga petang nanti.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

“Amaran ribut petir dijangka berlaku di Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang dan Kuala Muda.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Sementara itu, amaran ribut petir itu juga turut dijangka bagi Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Kuantan).

Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda Selangor di Hulu Langat dan Sepang, Negeri Sembilan di Jelebu dan Seremban serta Johor di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching, Mukah (Matu, Dalat dan Mukah) dan Limbang,” katanya.

Turut terlibat Sabah di Pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN