fbpx
Hanafiah

Enakmen naik skim pinjaman kenderaan ADUN Terengganu dibentang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk meningkatkan had siling pembiayaan kenderaan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu termasuk Menteri Besar dan Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada RM200,000 seorang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu, Datuk Hanafiah Mat, berkata, kadar baharu itu kenaikan berbanding had lama iaitu antara RM41,000 hingga RM43,000 sebuah yang yang diluluskan pada tahun 1997.

Beliau berkata, cadangan untuk menaikkan skim pembiayaan kenderaan buat ADUN Terengganu tersebut berikutan nilai dan kos semasa yang telah berubah.
“Cadangan untuk meningkatkan jumlah pinjaman kenderaan bagi kepada maksimum RM200,000 tersebut akan dibentangkan dalam sidang Sidang DUN esok.

“Buat masa ini, ia masih dalam peringkat enakmen dan akan dibawa untuk dibaca serta dibahas di DUN,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sidang DUN Terengganu ke-15 di sini hari ini.

Terdahulu tular kertas DUN bertarikh 29 Oktober 2025 berhubung persetujuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu untuk menaikkan kadar maksimum pinjaman kenderaan buat ADUN dan Yang Dipertuan DUN negeri tersebut. Permohonan bagi skim pembiayaan kenderaan tersebut boleh dibuat sekali dalam tempoh empat tahun.

Hanafiah berkata, skim pinjaman kenderaan buat ADUN Terengganu telah lama wujud sejak diluluskan MMKN pada 1981, sebelum dikemas kini pada 1990 dan 1997. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN