fbpx
Mohammad Subri menunjukkan gambar terakhir Siti Sarah Hana yang dirakam semasa sambutan hari lahirnya pada 18 Oktober lalu, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda hari ini.

‘Reda anak meninggal, tapi kesal dengan pemilik ternakan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SUNGAI PETANI – “Walaupun reda dengan kematian anak, tetapi terselit sedikit kesal kerana pemilik ternakan tidak mempunyai ‘ilmu’ untuk mengawal haiwan daripada berkeliaran.”

Itu kata Mohammad Subri Mohd Noor, 50, bapa kepada Siti Sarah Hana, 23,yang maut selepas motosikal yang dia tunggang hilang kawalan ketika mengelak seekor lembu di Jalan Ulu Melaka,Langkawi malam kelmarin.

“Kami sekeluarga menerima qada dan qadar yang ditetapkan apabila kehilangan satu-satunya anak perempuan daripada tiga beradik dalam kejadian kemalangan itu.
“Namun sepatutnya penternak haiwan itu mempunyai ilmu termasuk memastikan binatang ternakannya dikurung terutamanya pada waktu malam bagi mengelak kemalangan seperti yang menimpa anak kami,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Seberang Terus, Kota Kuala Muda dekat sini hari ini.

Kosmo Online malam tadi melaporkan Siti Sarah seorang peniaga tudung di Pantai Cenang maut semasa mengelak seekor lembu melintas di Jalan Ulu Melaka malam kelmarin.

Menurut Mohamad Subri kali akhir dia sekeluarga berjumpa dengan anak sulungnya itu ialah pada 18 Oktober lalu semasa makan malam di sebuah restoran sempena sambutan hari jadinya.

“Arwah menyambut hari jadinya pada 28 Oktober setiap tahun, tetapi memandangkan kesibukan masing-masing kami bersetuju meraikannya lebih awal dan pada majlis itu saya nampak perubahan dirinya yang tidak ceria seperti selalu.

“Paling ketara ialah ketika saya merakam foto dirinya yang terpaksa diulang beberapa kali kerana dia mengaku tidak dapat fokus untuk menurut semua arahan yang diberikan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN