fbpx
Damiea Qalisya..

Tidak hadir ke sekolah, Damiea Qalisya pergi mana?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AMPANG JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dilaporkan hilang selepas didapati tidak hadir ke sekolah sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, laporan berhubung kehilangan remaja tersebut diterima pengadu iaitu ibunya pada pukul 7.30 pagi, semalam.

Menurutnya, pengadu dimaklumkan oleh guru kelas bahawa anak perempuannya, Damiea Qalisya Syafri, tidak hadir ke sekolah seperti kebiasaan.

“Hasil maklumat yang diterima, pengadu memaklumkan tidak mengetahui punca anaknya keluar dari rumah dan setakat ini tiada sebarang perselisihan faham dilaporkan berlaku dalam keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khairul Anuar berkata, remaja berkenaan mempunyai ketinggian kira-kira 152 sentimeter, berat 52 kilogram, berbadan kurus dan berkulit sawo matang.

Katanya, lokasi terakhir remaja itu dipercayai di Blok AM, Jalan Pandan Indah 3/3, Ampang.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Damiea Qalisya supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-4289 7222 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faizah Mohd. Anuar di talian 017-3422804.

Dalam pada itu, polis menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau pergerakan anak-anak serta tidak membiarkan mereka bersendirian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN