fbpx
Allahyarham Norazmi dan Allahyarham Siti Khadijah yang merupakan anggota TDM terkorban dalam latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah, pagi tadi.

Dua anggota tentera darat maut ketika latihan baling grenad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Dua anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dilaporkan maut selepas terlibat dalam satu insiden ketika menjalani latihan membaling grenad di Kem Hobart, Gurun, Kedah pagi tadi.

TDM dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian berlaku kira-kira pukul 10.57 pagi semasa pelaksanaan Latihan Membaling Grenad yang merupakan sebahagian daripada Latihan Peningkatan Tempur Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) Divisyen Kedua Infantri Malaysia.

Mangsa yang terlibat ialah Koperal Norazmi Abu Bakar daripada Batalion Keenam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan Prebet Siti Khadijah Sungip daripada Skuadron Pertama Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD).

“Kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan akibat letupan semasa latihan berkenaan.

“Mangsa terbabit segera dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan lanjut. Walau bagaimanapun, kedua-duanya disahkan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Jenazah kedua-dua mangsa akan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar bagi tujuan bedah siasat.

Sementara itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md. Othman menzahirkan rasa dukacita atas kehilangan dua anggota berkenaan serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Beliau turut mendoakan agar ahli keluarga kedua-dua anggota yang terkorban diberikan ketabahan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.

Dalam pada itu, beliau mengarahkan siasatan terperinci dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

TDM turut memberi jaminan bahawa semua aspek keselamatan latihan akan terus diberi perhatian dan penambahbaikan sewajarnya akan dilaksanakan berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN