fbpx
ROSLAN memegang ikan tapah seberat 27 kg yang ditangkap di Sungai Tahan dekat Taman Negara, Jerantut semalam.

Umpan keli jinakkan gergasi sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JERANTUT – Seorang pemandu pelancong, Roslan Abu Kassim, 56, mengambil masa 20 minit untuk menaikkan seekor ikan ­tapah atau nama saintifiknya wallagonia leerii ketika memancing di Sungai Tahan, Taman Negara Kuala Tahan di sini semalam.

Beliau berkata, dia ‘turun’ ­memancing bersama wakil ­National Geographic, Zep Hogan untuk penggambaran program River Monster.

“Saya mengiringi Hogan yang juga seorang ahli biologi ­mengenai ikan liar yang berpe­ngalaman membuat kajian di sungai seluruh dunia untuk memancing ikan kelah dan tapah di sepanjang Sungai Tahan.

“Hampir 20 minit meman­cing menggunakan umpan hidup ikan keli, joran saya disambar ikan tapah dan spesies ini terus bergumpal di permukaan su­ngai ini dan kami menarik dengan cermat lalu mengangkatnya ke dalam perahu.

“Setelah ditimbang, berat ikan tapah ini 27 kilogram (kg) dan bersaiz sederhana, manakala panjangnya hampir satu meter.

“Pergerakan ikan liar ini dirakam oleh Hogan untuk dimuatkan dalam siaran National Geographic,” katanya.

Menurut Roslan, ikan tapah antara spesies liar Sungai Tahan dan Sungai Tembeling yang ­banyak terdapat di kawasan lubuk dan makanannya terdiri daripada ikan kecil dan juga serangga.

“Ikan tapah yang ditangkap itu dilepaskan semula ke habitat Sungai Tahan memandangkan spesies liar ini dikawal oleh pihak berkuasa selain jaminan ­biodiversiti alam sekitar berasaskan pembangunan ekopelanco­ngan.

“Berat ikan liar ini boleh mencapai sehingga 80 kg dan sepanjang dua meter.

“Bagi nelayan sungai di Kuala Tahan dan Ulu Tembeling ­spesies ini dijual antara RM50 hingga RM60 sekilogram,” katanya.

Ujarnya, penduduk pesisir Sungai Tembeling lazimnya memasak ikan tapah campuran asam tempoyak, masak lemak cili api dan juga sup.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN