fbpx
Gambar hiasan

Belanjawan 2026: RM7.9 bilion peruntukan TVET

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM7.9 bilion Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk tahun depan, berbanding RM7.5 bilion tahun lalu.

Menerusi Pembentangan Belanjawan 2025, beliau berkata, lebih ramai bakat tempatan bidang TVET diperlukan bagi memenuhi keperluan industri berpertumbuhan tinggi.

“Majlis TVET Negara akan memperkukuh ekosistem TVET dengan lebih menyeluruh, termasuk cadangan penggubalan RUU TVET.

“Peluang pendidikan dan latihan TVET ditingkatkan khususnya dalam menyokong sektor berkeutamaan tinggi,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, Majlis TVET Negara menerima RM45 juta antaranya bagi menerapkan ilmu teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) kepada RM10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.

“Institusi TVET Kementerian Pendidikan disediakan RM1.3 bilion untuk mendidik 79,000 penuntut TVET,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN