fbpx
PENDUDUK risau dengan gurauan kasar segelintir kanak-kanak dari tempat tinggi di Pangsapuri Seri Kepayang, Ipoh.

‘Budak-budak gurau kasar, angkat kawan acah campak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Penduduk Pangsapuri Seri Kepayang di Jalan Ghazali Jawi, di sini bimbang dengan gurauan kasar segelintir kanak-kanak di situ yang mengangkat rakan mereka dan mengacah untuk mencampakkan dari tingkat atas kediaman tersebut.

Seorang penduduk, Mohd. Isa Rammath, 53, berkata, dia pernah menegur sekumpulan kanak-kanak yang berbuat demikian kerana tindakan itu tidak mustahil akan menyebabkan seseorang parah atau maut.

“Bukan sekali tetapi telah berkali-kali saya menegur kanak-kanak nakal yang merupakan anak-anak penduduk pangsapuri ini daripada bergurau dengan cara itu.

“Memanglah tiada apa yang berlaku tetapi jika tidak dicegah, tak mustahil kejadian tidak diingini boleh berlaku.

“Saya harap ibu bapa sentiasa ingatkan anak-anak agar tidak bergurau keterlaluan di kawasan perumahan yang tinggi seperti ini,” katanya kepada Kosmo! di sini kelmarin.

Seorang lagi penduduk, Nur Izzati Kamaluddin, 34, berkata, terdapat juga dalam kalangan ibu bapa membiarkan anak-anak yang masih kecil untuk menga­suh atau menjaga adik masing-
masing.

Katanya, ada kalanya kanak-kanak yang masih bersekolah rendah dan diberi tanggungjawab menjaga adik-adik itu keluar dari rumah dengan cara mendukung atau memimpin tangan mereka.

“Kalau dengan cara memimpin tangan tidak mengapa lagi, sebab tembok laluan pejalan kaki di tingkat-tingkat pangsapuri ini agak tinggi tetapi sekiranya mereka mendukung adik-adik, ia mendatangkan kerisauan kepada saya.

“Saya cuma berharap ibu bapa jangan benarkan anak-anak yang masih kecil ini keluar dari rumah dengan adik mereka tanpa pe­ngawasan orang dewasa.

“Saya sendiri pernah lihat ada budak meletakkan adiknya yang masih bayi di tembok laluan pejalan kaki di tingkat tinggi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN