fbpx
Gambar hiasan

SPRM usaha dapatkan semula RM12 juta kes Sapura Energy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang berusaha mendapatkan semula wang RM12 juta yang didakwa disalah guna dalam dua kes membabitkan Sapura Energy Bhd.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya sudah mendapat persetujuan daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi menggerakkan usaha itu.

Beliau berkata, wang berkenaan akan dilucut hak dan dikembalilan kepada kerajaan.

“Kami akan mendapatkan persetujuan Timbalan Pendakwa Raya bagi membuat pemulihan RM12 juta itu tersebut dalam tempoh terdekat.

“TPR juga akan mempertimbangkan sama ada akan ada pertuduhan atau sebaliknya terhadap mana-mana pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan seorang peguam yang mendakwa diugut pegawai penyiasat SPRM, Azam memaklumkan, proses soal siasat berkenaan dilakukan mengikut undang-undang dan prosedur operasi standard SPRM.

Menurutnya, beliau telah mendapatkan maklumat terus daripada pegawainya itu dan versi yang diberikan berbeza dengan dakwaan yang tular di media sosial. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN