fbpx
Khir dengan ikan tapah yang menjadi rekod All-Tackle IGFA, di pancing di Sungai Siong Sibu Sarawak.

Rekod IGFA ikan tapah Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TRIP pancing yang sememang­nya dikhususkan untuk mencari rekod International Game Fish Association (IGFA) ikan tapah telah berlangsung pada awal November tahun lalu di Sungai Siong, Sibu, Sarawak dengan persediaan rapi mengikut syarat-syarat ditetapkan.

Ikan tapah rekod tersebut telah berjaya dipancing pada pagi hari pertama trip dalam keadaan hujan lebat dengan kaedah mengilat gewang selaman dalam.

Set pancing yang Khir gunakan adalah joran Rentaka Defy 6 PE5, kekili menegak Daiwa Zillion TW HD yang telah dipertingkat kekuatan dragnya, tali utama braid 40lb dan shock leader berkekuatan 50lb. Gewang Deep Tail Minnow pula saiz sembilan sentimeter (sm) dengan warna kuning terang di badan dan merah di kepalanya, mata tiga gewang pula ialah Rentaka Duri saiz 6.

Gambar keseluruhan ikan tapah yang berjaya memecah rekod.

Ikan trofi tersebut telah ditimbang menggunakan alat penimbang Boga Grip dan direkodkan seberat 18 paun (lb) bersamaan dengan 8.16 kilogram (kg) serta panjang 103sm yang diukur menggunakan pita pengukur sah dikeluarkan sendiri oleh pihak IGFA.

Permohonan untuk rekod IGFA telah dihantar dan diuruskan oleh Shamin Shaimah, wakil IGFA Malaysia. Bersama permohonan tersebut telah disertakan gambar dan video proses mendaratkan ikan, menimbang berat dan mengukur panjang ikan itu sebagai bukti kukuh untuk permohonan rekod.

Ini merupakan satu pemangkin untuk pemancing negara turut mencari rekod spesies ikan asli tempatan Malaysia terbesar. Kami pasti, banyak lagi ikan tapah yang bersaiz lebih besar boleh didaratkan, peluang sentiasa terbuka untuk semua, semoga maju jaya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN