SETIU – Jenazah Koperal Mohd. Hafizul Izham Mazlan yang maut dirempuh penjenayah di Taman Golf, Alor Setar, Kedah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Putera Jaya, Kampung Pak Kancil, di sini sebentar tadi.
Allahyarham Mohd. Hafizul Izham selamat dikebumikan di tanah perkuburan tersebut pada pukul 10.30 pagi.
Upacara pengebumian mengikut istiadat kepahlawanan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan
Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin menyerahkan bendera Sang Saka Biru kepada bapa Allahyarham, Mazlan Umar, 64.
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan dengan lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham Mohd. Hafizul.
Terdahulu, jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Putera Jaya, Pak Kancil di sini sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Putera Jaya, berhampiran.
Terdahulu, Mohd. Hafizul Izham yang berpangkat koperal maut akibat dirempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki empat penjenayah ketika cuba menghalang suspek kes pecah rumah melarikan diri di Taman Golf, Alor Setar petang semalam. – KOSMO! ONLINE














