fbpx
Tan Cheng Hoe bersama pengendali skuad B-23 negara, Nafuzi Zain ditemui pada sidang media di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini. - Foto ihsan Malaysia NT

Elite Games cungkil bakat ‘ubi muda’ Harimau Malaya – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merangka strategi terbaik untuk memantapkan skuad bawah 23 (B-23) pada tahun ini dengan memperkenalkan projek Elite Games untuk menilai tahap kualiti ‘ubi’ muda negara.

Pengarah Teknikal Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe berkata, projek itu bakal menghimpunkan 26 pemain B-23 tempatan yang dilihat berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan utama B-23 yang akan mengharungi kejohanan Piala ASEAN B-23 2025, Julai depan.

Kata Cheng Hoe, pemain-pemain ini akan dikumpulkan selama tiga hari untuk mengharungi perlawanan tertutup sebelum barisan kejurulatihan menilai sama ada mereka layak untuk diserapkan atau sebaliknya.

“Projek ‘Elite Game’ ini adalah hasil perbincangan saya dengan jurulatih Peter (Cklamovksi) dan juga jurulatih Nafuzi (Zain) dengan tuuan sebenar menghimpunkan pemain sebelum mereka beraksi dalam perlawanan ‘sparring’ antara mereka.

“Ini bagi mendapatkan keserasian dan juga bagi melihat bakat mereka untuk diketengahkan pada masa hadapan.

“Kita juga melihat projek imi sebagai persediaan untuk skuad B-23 bagi Piala ASEAN B-23, kelayakan Piala Asia B-23 dan juga Sukan SEA,” kata Cheng Hoe pada sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, bekas pengendali Selangor FC itu turut melihat penganjuran Elite Games akan diperluas kepada skuad pelapis yang lain seperti B-18 dan juga B-20.

“Kita ingin skuad B-18 dan juga skuad B-20 bersama-sama kita dalam projek ini kerana kita mahu mencungkil bakat terbabit untuk perancangan skuad kebangsaan nanti.

“Jadi, kita merancang untuk mengadakan projek ini pada setiap bulan bukan sahaja untuk skuad B-23 tetapi termasuk skuad B-18 dan juga B-20,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI