fbpx

Bapa masuk kelas, ganti anak sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aphee sanggup menghadiri kelas untuk menggantikan anaknya yang sakit. - Facebook

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand mengundang perhatian orang ramai apabila sanggup menghadiri kelas untuk menggantikan anaknya yang sakit, lapor portal berita Must Share News semalam.

Kejadian berlaku di Sekolah Ban Sompoi dekat daerah Mae Sot, wilayah Tak. 

Rakaman dimuat naik di laman Facebook menunjukkan lelaki terbabit dikenali sebagai Aphee, sedang duduk di dalam kelas sambil bergaul dengan pelajar lain. 

Menurut Aphee, dia telah mendapatkan kebenaran daripada pengetua sekolah selepas memberitahu keadaan anaknya. 

“Tangan anak saya terseliuh selepas bermain sepak takraw menyebabkan dia sukar tidur. 

“Daripada membiarkan anak saya tercicir dalam pelajaran, saya menghadiri kelas bagi pihaknya,” kata Aphee.

Rakaman itu menjadi tular dan ramai pengguna media sosial memuji tindakan Aphee dalam memastikan pembelajaran anaknya tidak ketinggalan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI