fbpx
Muhammad Syafiq (kiri) sanggup datang ke Balik Pulau semata-mata mahu membeli durian kelmarin.

Borong musang king untuk ‘santapan’ Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Penggemar durian sanggup memandu lebih 300 kilometer (km) dari Sela­ngor ke Balik Pulau semata-mata mahu membeli raja buah itu sebagai hidangan istimewa kepada tetamu di Hari Raya Aidiladha.

Bukan setakat itu, mereka juga rela melabur ratusan ribu ringgit untuk membawa pulang bekalan durian hingga 80 kilogram (kg) de­ngan kereta atau motosikal.

Seorang perunding kewangan, Muhammad Syafiq Kamaruzzaman, 37 berkata, dia dan isteri, Dayang Ku Hazura Hairi, 36, sanggup meredah sesak dari Tanjung Karang ke Pulau Pinang, semalam untuk membeli bekalan durian asli dari Balik Pulau.

Akuinya, mereka sekeluarga kali ini memilih menghidangkan juadah durian kepada tetamu dan sanak-saudara pada Hari Raya Aidiladha.

“Kami datang ke sini (Balik Pulau) sekadar mahu membeli durian Balik Pulau dan berpatah balik pada hari sama. Kami belanja RM4,400 untuk beli 80 kg durian seperti black thorn, musang king dan durian kahwin.

“Raya kali ini agak sedikit kelainan, kami mahu hidang durian kepada ahli keluarga terma­suk sanak-saudara. Kami gantikan kuih raya dengan durian,” katanya di gerai Jomi Durian, Anjung Indah di sini kelmarin.

Mohamad Amirul datang ke Balik Pulau dengan hanya menunggang motosikal, semata-mata untuk membeli durian.

Bapa empat orang anak itu berkata, dia lebih yakin dengan ketulenan durian dari dusun Balik Pulau berbanding yang dijual peniaga di luar daerah negeri ini.

“Memang ada orang jual durian di tempat kami, tetapi saya takut ditipu.

“Ada yang dakwa durian Balik Pulau tetapi hakikatnya dari tempat lain,” ujarnya.

Pengusaha bengkel kereta Amirul Ranger Garage di Shah Alam, Selangor, Mohamad Amirul Yusri, 29, pula sanggup me­nunggang motosikal ke Anjung Indah di Balik Pulau untuk membeli raja buah terutama jenis premium.

“Saya bawa balik 18 bekas berisi durian udang merah, horlor, black thorn dan musang king yang dibeli pada harga RM1,440.

“Memang rancang nak beli durian di sini dan jamu durian kepada ahli keluarga pagi hari raya. Saya ditemani seorang rakan sanggup menunggang motosikal dengan redah hujan dan panas demi membawa pulang durian Balik Pulau,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN