fbpx
Hussain mengakui hanya menjamah raja buah iaitu Durian dalam kadar yang sangat sederhana demi menjaga kemantapan vokal.

‘Rasa durian sikit saja’ – Hussain janji buat yang terbaik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Susulan kerisauan peminat mengenai tabiat pemakanan buah durian, peserta program Big Stage X Rocketfuel, Hussain, mengakui hanya menjamah raja buah tersebut dalam kadar yang sangat sederhana.

Disebabkan keprihatinan tersebut, Hussain, 23, berjanji kepada peminat untuk memberikan persembahan yang terbaik agar tidak mengecewakan mereka.

“Sewaktu saya buat sesi siaran langsung, ada peminat cakap, ‘Hussain, kami sayang kamu. Kenapa kamu makan durian juga?’

“Saya nak rasa sikit saja, bukan saya makan satu biji pun. Makan sikit saja sebab nak rasa.

“Jadi, saya berjanji dengan mereka, insya-Allah saya akan buat yang terbaik,” katanya usai konsert minggu ketiga Big Stage X Rocketfuel, baru-baru ini.

Pada masa sama, anak kepada penyanyi Jamilul Hayat itu tidak menafikan keakraban bersama bapanya menyebabkan ramai peminat begitu mengambil berat tentang dirinya.

“Mungkin (sokong peminat) itu adalah kesan daripada ayah saya juga. Ramai cakap saya layan ayah saya dengan baik.

“Mungkin ada orang yang dah tak ada ayah, bila mereka tengok hubungan kami, mereka rasa seronok.

“Jadi saya harap dengan saya berbuat baik kepada ayah, orang ramai pun boleh ikut perkara yang sama,” katanya lagi.

Sebelum ini, peminat Hussain meluahkan rasa kecewa melihat lelaki itu mengunjungi gerai menjual durian.

Rata-rata menganggap durian mampu memberikan kesan terhadap kesihatan untuk melakukan persembahan di Big Stage X Rocketfuel. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN