fbpx
TRUMP mengambil alih pentadbiran ketika AS dibebani cabaran getir yang perlu ditangani segera.

Langkah kiri Presiden Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Presiden Donald Trump melangkah ke White House pada Januari lalu dengan langkah kiri.

Beliau mengambil alih pentadbiran ketika negara dibebani cabaran getir yang perlu ditangani segera, sebahagiannya diwarisi daripada pentadbiran sebelum ini.

Menyedari perlu bertindak segera, Trump mengumumkan pelbagai langkah drastik lagi kontroversi sebaik menduduki kerusi Presiden Amerika Syarikat (AS).

Beliau menandatangani berpuluh-puluh perintah eksekutif biarpun kerusi Presiden AS belum lagi panas.

Dunia keliru sama ada mahu ketawa atau marah apabila beliau menuntut tanah jajahan Denmark, Greenland dan meminta Kanada menyertai kerajaan Persekutuan sebagai sebuah negeri AS.

Bukan sahaja tidak munasabah, tuntutan Trump mengejutkan arena diplomatik antarabangsa kerana kedua-dua entiti adalah wilayah dan negara berdaulat.

Greenland kaya dengan galian nadir bumi yang tidak diterokai secara optimum, manakala kepentingan Kanada terletak pada sumber alam di samping kesinambungan geopolitik dan demografinya.

Namun, membuat tuntutan terbuka seperti itu ibarat mengumumkan kepada dunia AS negara pembuli.

Ini selepas Washington menyelar negara-negara lain khususnya Russia kerana merampas wilayah Ukraine, sebuah negara berdaulat sewenang-wenangnya, ibarat pepatah paku dulang paku serpih.

Trump meminta pula kawalan dua terusan utama dunia iaitu Terusan Panama dan Terusan Suez. Terbaharu, beliau mahukan Panama dan Mesir memberikan laluan percuma kepada kapal dagang dan kapal tentera AS, permintaan yang memeningkan kepimpinan kedua-dua negara.

Agak pelik kerana AS tidak meletakkan sebarang syarat apabila menyerahkan terusan itu kepada Panama.

Ia seperti A membina laluan tol merentasi kampung B. Apabila siap, A menyerahkan laluan itu kepada B. A sepatutnya meminta untuk tidak dikenakan tol kerana dialah yang membina laluan tersebut.

Sementara untuk Terusan Suez pula, laluan itu dibina oleh Perancis.

Jika Mesir dan Panama memberikan laluan percuma kepada AS, kelak apa pula kata negara-negara lain.

Trump juga meletakkan tarif tinggi lagi tidak munasabah sebagai ‘insentif’ kepada negara-negara pengeluar utama mendirikan kilang di Amerika.

Masalahnya, beliau mengenakan tarif kepada semua negara dunia tanpa mengira sahabat atau seteru.

Tindakan pukul rata itu mengundang perasaan marah dan kelunturan kepercayaan dalam kalangan negara-negara sekutunya selama ini.

Kepercayaan ini amat penting dalam senario politik antarabangsa melibatkan imej dan dominasi mata wang dolar Amerika Syarikat.

Trump juga melakukan langkah penjimatan tanpa mengurangkan perbelanjaan di sektor yang paling banyak ‘melahap wang negara’. Tidak perlulah penulis menyebut sektor tersebut.

Semua langkah yang beliau laksanakan bukan sahaja tidak popular, malah hampir pasti membawa kesan sebaliknya kepada negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN