fbpx

Pemilihan PKR: Aduan sedang diteliti juruaudit antarabangsa – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berucap ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik di Mukim Batu, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa proses pemilihan parti itu dijalankan secara adil dan telus, meskipun terdapat beberapa aduan dan bantahan yang dikemukakan oleh pihak tertentu.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, semua aduan yang diajukan kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) telah diserahkan kepada juruaudit antarabangsa untuk disemak secara profesional dan bebas.

“Adakah kalau ada aduan itu (pemilihan parti dianggap) tak adil. Itu sangat prejudis hanya kerana ada pihak yang membuat aduan.

“Memang ada aduan dan kita ambil perhatian, sekarang juruaudit antarabangsa sedang semak setiap aduan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Rumah Belia Madani dan Rumah Mampu Milik Mukim Batu, di sini, hari ini.

Semalam, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa yang juga Pengerusi JPP mengingatkan ahli PKR supaya mengemukakan aduan secara rasmi berhubung salah laku dalam Pemilihan PKR 2025 bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil.

Jelasnya, keputusan berkaitan aduan akan dimaklumkan bermula minggu hadapan.

Pemilihan cabang PKR berakhir minggu lalu, dengan beberapa cabang seperti Selayang, Jempol dan Silam dijadualkan mengadakan semula pemilihan pada Ahad ini berikutan bantahan yang diterima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI